Wednesday, March 16, 2011

Kenangan 8hb Julai 2010...

8hb Julai 2010 ( Rabu)

Aku bersama suami pergi ke pusat x-ray swasta di Ampang Point untuk melakukan ultrasound
untuk mengesan ketulan dipayudaraku.
Sampai di sana, aku telah diperiksa oleh Dr. Rozi. Permulaannya, beliau telah membuat ultrasound. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, beliau telah memberitahu kepadaku bahawa aku telah dikesan mengidap kanser. YA ALLAH...ALLAHUAKBAR... beratnya dugaan yang Engkau berikan ke atas diriku. Beliau tidak berpuas hati. Beliau mengesyorkan supaya aku membuat mamogram. sementara menantikan giliran aku, aku keluar berjumpa dengan suamiku. Suamiku terkejut melihatkan mataku yang kemerahan. Dia bertanyakan apa keputusannya. Aku memberitahunya. Dia sangat terkejut.
Hasil daripada keputusan mamogram,Dr. Rozi memberitahu dia mengesyaki aku mengidap kanser. Akan tetapi katanya jikalau aku inginkan kepastian, aku perlu menjalani pemeriksaan biopsi.
Pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak menentu......

12hb Julai 2010 ( Isnin )

MUHAMMAD ADAM DZIHNI BIN MOHD AZMAN selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Selayang pada pukul 9.05 pagi dengan berat 3.6 kilogram.

15hb Julai 2010

Aku ke Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan masih lagi kurang sihat selepas 3 hari bersalin.

23hb Julai 2010

Aku menjalani ujian biopsi.... lebih kurang sebulan menunggu keputusan biopsi keluar. Dr. Miss Aina mengesyorkan aku menjalani pembedahan untuk membuang ketulan dipayudara dan beberapa ketulan di bawah ketiak.

25hb Ogos 2010

Aku menjalani pembedahan di HKL. Selama 14 hari aku berada di sana dan menjalani hari-hari di bulan Ramadhan ditemani oleh suami tercinta...Anak-anak berada di rumah kakakku di Sepang..Hasil daripada pembedahan tersebut. Dr. Miss Aina memberitahu bahawa aku mengidap kanser payudara pada tahap kedua..Masih lagi boleh dirawat katanya. Akan tetapi beliau mengesyorkan aku supaya membuang semua payudaraku untuk keselamatan diriku pada masa akan datang.Namun begitu aku memohon daripada supaya memberi tempoh kepadaku selama tiga bulan untukku memikirkannya sambil membuat rawatan alternatif.

KINI...17hb Mac 2011

Semalam merupakan pusingan keempat aku menjalani rawatan kemoterapi semenjak 28hb Disember 2010. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI apa yang aku rasa ketika ini..Namun begitu aku bersyukur dan redha atas segala ujian yang telah terjadi selama ini.......
Aku bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga,sanak saudara dan sahabat handai..TERIMA KASIH BUAT SEMUA.........

5 comments:

  1. dear Che Pah,
    kak gee tabik spring ke Pah, sbb tabah menghadapi ujian Allah...semoga Pah akan terus TABAH + KUAT SEMANGAT + MAINTAN COMEL + YAKIN kerana tiap yang berlaku ada hikmah yang kita tak tahu...

    take care!

    ReplyDelete
  2. cikpah,
    itulah beratnya mata memandang, berat lg bahu yg memikul..knani doakan moga pah berterusan dikurniakan kesihatan & ketabahan. hrp dpt jumpa cikpah bila balik nnti..take care!!

    ReplyDelete
  3. salam..
    apa yg penting jangan putus asa. Insya Allah risiko kanser boleh dikurangkan

    Jemput ke blog saya di penawarsihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah utk arwah cik pah yg disayangi.. Amin

    ReplyDelete